EASY Pha-max Marketing Sdn Bhd, adalah merupakan anak syarikat milik penuh INS Bioscience Bhd, mensasarkan untuk menguasai lebih banyak pasaran produk herba kesihatan di negara ini dengan pengenalan pelbagai produk baru tahun ini.
Pengarah Eksekutifnya, Ben Wong, berkata sasaran berkenaan bersandarkan permintaan tinggi produk herba kesihatan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Menurut Wong, Easy Pha-Max yang diasaskan Datuk Yeat Sew Chuong pada 1996 sebelum ini dikenali sebagai INS Enterprise Sdn Bhd dan ia memberi tumpuan kepada produk kesihatan berasaskan bio herba serta makanan tambahan kesihatan.
Katanya, syarikat berkenaan diterajui Yeat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dibantu Pengerusi Antarabangsa, Datuk Abdul Majid Ahmad Khan dan beliau sendiri. Kata Wong, Yeat mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan serta pernah dianugerahkan ‘The Outstanding Young Person Of The World 2003′ daripada Junior Chamber International, Top 10 Master Entrepreneur of The Year daripada Ernst & Young Malaysia dan banyak lagi.
Wong berkata, sejak diperkenalkan 12 tahun lalu, Easy Pha-Max kini mempunyai lebih 40 produk menerusi lapan jenis sirinya iaitu Siri Wheatgrass, Siri Jenis Darah, Siri Pelangsingan, Siri Multi Tambahan, Siri Fungsi, Siri Penjagaan Peribadi, Siri Penjagaan Rumah dan Siri Minuman Bio. Tambahnya, semua produk berkenaan dihasilkan di negara ini menerusi kilangnya yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Makmal Baik (GLP) serta kawasan penanaman yang turut diiktiraf Amalan Pertanian Baik (GAP) di Puchong, Selangor bagi memastikan kualiti produk berada pada tahap yang terbaik.
“Berbeza dengan syarikat herba lain, Easy Pha-Max tampil dengan idea berbeza menerusi pelaksanaan program Franchise Recruitment yang memberi peluang kepada usahawan baru untuk memulakan perniagaan sendiri menerusi talian (e-dagang). “Ia adalah seiring dengan hasrat kami untuk melahirkan lebih ramai usahawan baru yang mampu menjadi bos kepada perniagaan sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Wong berkata, bagi meluaskan lagi pasaran, pihaknya turut bekerjasama dengan 10 rakan kongsi yang terdiri daripada Top Ozone, Ban Kah Chai, Brightway Evenue, Gintell, Himalaya, Infinit, Lo Hong Ka, Fomec’s, Hyflux dan Orang Kampung menerusi Strategi Pakatan Rakan Kongsi (SAP). Beliau berkata, menerusi pakatan berkenaan, pelbagai produk 10 rakan niaga itu turut boleh dibeli menerusi kedai maya bersama barangan Easy Pha-Max lain.
Menurut Wong, Bank Dunia menjangkakan pasaran produk berasaskan bio herba akan mencecah lima trilion dolar dalam masa 10 tahun akan datang dan ia membuatkan banyak syarikat gergasi Eropah mula tertarik kepada produk berkenan. “Dengan menjadi ahli, pelanggan boleh membeli produk Easy Pha-Max dan barangan daripada 10 rakan SAP kami di kedai maya (dalam talian) yang boleh dicapai menerusi laman web www.easypha-max.com .
“Kedai maya berkenaan menyediakan lebih 100 jenis produk dan biarpun baru dilancarkan, portal e-dagang itu sudah mempunyai 5,000 ahli di seluruh negara,” katanya. Sementara itu Wong berkata, pihaknya turut merancang untuk membuka 60 kedai di seluruh negara secara berperingkat bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggannya.
Katanya, ketika ini hanya ada satu kedai Easy Pha-max di Queensbay Mall di Pulau Pinang dan ia terpaksa menampung permintaan yang banyak daripada pelanggan di kawasan utara.